Latar belakang TV_Edukasi

Stesen televisyen ini dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Nasional Republik Indonesia iaitu Abdul Malik Fadjar sejak 12 Oktober 2004 yang berada di Studio TV Edukasi di Jakarta untuk merasmikan oleh penandatangani batu prasasti sebagai tanda mengudara TV Edukasi dan memiliki afiliasi dengan stesen televisyen pendidikan di seluruh Indonesia. TV Edukasi dimiliki oleh Kementerian Pendidikan Nasional Indonesia. Siaran TV Edukasi disiarkan oleh TVRI setiap hari Isnin hingga Jumaat dari siang hingga malam dari sekitar pukul 13:00 hingga 15:00 WIB. TV Edukasi mempunyai dua program iaitu program 1 dan program 2.

Tujuan didirikan TV Edukasi adalah untuk memberikan layanan siaran pendidikan berkualiti untuk menunjang tujuan pendidikan nasional. Sasaran TV Edukasi ialah peserta didik daripada semua jalur, jenjang, dan jenis pendidikan, pengamalan pendidikan, dan masyarakat.

TV Edukasi mulai mengadakan pertandingan kuiz Kihajar (Kita Harus Belajar) sejak tahun 2004. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencari siswa SMP sama tingkatanyang berprestasi. Siswa SMP sama tingkatan yang memenangi pertandingan kuiz Kihajar akan mendapat biasiswa sehingga S1[Penjelasan diperlukan]. Mulai tahun 2011, selain untuk SMP, pertandingan Kihajar juga diadakan untuk siswa SD dan SMA yang sama tingkatan.